Sunday, 10 November 2013

kerana mahalnya akad!

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 alhamdulillah..setelah lama sangat menyepi, anna kembali mencoret kata utk tatapan yang mengintai blog usang anna ni :)

tajuk gah kan?
haha..andai kupasan biasa2, tak guna jgak.

well..well..well..
anna kira sahabat dpt teka bukan fokus utama entry kali ini.
maaf. anna lari daripada tajuk biasa. sahabat. anna lari kepada "PERNIKAHAN". (kasi bold + italic + underline siap!)

wah! besar tajuknya.
dan anna bukanlah ahli utk membicarakan tajuk ini.
namun, tsabat di jalan perkongsian, anna cuba untuk sama2 berkongsi idea dan pendapat.

usai membelek-belek fb, anna teringat kembali bagaimana kisah senior yang sudah mengambil langkah melaksanakan baitul muslim. melalui pembacaan dan penceritaan (hanya Allah yang tahu kebenarannya), telah anna ketahui bahawa ada dalam kalangan mereka yang mendirikan masjid tanda cinta semasa masih belajar. tidak kurang yang menjalankan sunnah rasul ini usai belajar. Alhamdulillah, apa pun kakak2 dan abang2 sudah selamat dan semakin maju melangkah. menangislah syaitan!

realiti anna berada di dalam majlis kahwin abang kepada seorang kawan membuatkan feel majlis kahwin tu begitu terasa. bukan tidak pernah berada di dalam majlis kahwin ( i got 3 married sisters already..haha),tapi pengalaman kali ni lain sgt la. mgkin sebab kawan2 ada kot. pas2 sibuk pakai inai bagai. masa time kakak2 kawen xsempat pakai inai coz byk keja. tapi kali ni kat tempat org plak..ouchhh! haha..ditambah dengan kawan2 yg menjerit "nak kawen! nak kawen jgak!"..hahaha...clueless about feeling la time tu...
we enjoyed that blissful moment dgn gembiranya. well, majlis org oi! haha

then, i started to think straight.
i said to myself "ok, hasanah. tadi ang terjerit2 nak kawen jgak. melampau dpd pengantin. hua3. skrg tgk diri ang. layak ke nak kawen?ntah hapa hapa~" gulp!...well said.

why? kenapa inside diri anna cakap mcm tu?
well, mostly because ...
1- i am not a good cook..ngeee
2- ohh...lipat kain, basuh baju bukan peberet saya skrg. 
3- i cant wake up earlier at 5am EVERYDAY like my sis n mom done
4- i love to travel..hehe
5- i hate myself terkongkong..burdensome
6- mother-in-law? no! no! my mom is already enough :)
7- anna xtahu nak calm baby bila nangis
8- takut terhempuk baby tu bila dia nangis nak susu malam2..huhu
9- takut suami poligami..hehe
10- nant kena buat giliran raya...xmo2..haha
11- xdak masa nak hangout dgn kawan2..eh? erk~ haha
12- susah la nak sambung belajo kalau ad anak..nant rindu plak..kah2
13- nant xdak masa nak tulis blog :p

haha..ok..tu innermost cakap. nafsu suma tu! huhu


back to my sense (tgh dgr lagu barakallah by maher zain ni..hehe *gatal*)
well, semua masalah tu ada penawarnya :)
1- kalau xpndai masak, ha! belajo la mula skrang..huh, tu pun xtaw! @_@
2- alah, keja2 lipat kain tu bukan byk sgt. bukan sekali beranak dpt kembo 7. octa mom ke hapa ni? haha @_@
3- bangun 5am tu buat secara istiqamah. latih dari skrg. xistiqamah memang la susah skit :)
4- xsusahnya. travel dgn suami. amboi~
5- bukankah isteri punyai hak dalam perkahwinan? kenapa diragui janji Allah? taati suamimu
6- layanlah mak mertua seperti mana kamu menyayangi ibumu. perkahwinan bukan sekadar antara dua individu, ia berlaku antara dua keluarga yang berbeza. fahami dan terima~
7- well, perlahan-lahan belajar. bukan hari kahwin, esok terus ada anak kan? benda boleh belajar. u got many sis. serap ilmu mereka! hehe
8- buat giliran dgn enche suami.haha..hamek! hei, mcm tu jgak la masa mak ayah kita jaga kita dulu. ang memekak memang la tak ingat. skrg turn ang. :p..jokes~
9- poligami? pasti bersebab. saya pilih monogami :)
10- beraya lah dimana sahaja dengan hati yg gembira. nescaya eid akan lebih bermakna :)
11- kwn2 lain pon dah kawen la..haha
12- nak seribu daya, xnak seribu dalih. pengorbanan itu perlu utk satu kejayaan. xyah la kawen time skrg..adoii :)
13- ada ja penulis blog anak dia ramai..lagi aktif dpd ang yg skrg ni pon malas..ngeee..

ok cukop dgn jawapan yang mengerikan tu..haha

tak semua jawapan boleh diterima pakai kan? haha..well, it juz come out from my head. puarghhh! mcm tu je.



talk about marriage in study time. i'm quite disagree. hehe. sorry. maaf.

"KENAPA??!! oi...ramai je la yg kawen? sob3"
"eh, saya xcakap tindakan dorang salah. bg org yg mcm saya dan spesies saya, it's quite not a right deal rite now."
there are reasons for my statement :)
1- top of all, anna rather pilih study than nikah. oppss..hal ini kerana, for the time being, nawaitu memang datang utk study dulu. kalau ada yang terberkenan pon, hold. we'll continue later.
2- marriage is not a SAHIBBA. not even CHECKERS. it is a MOU. perjanjian persefahaman antara dua pihak. byk hati kena jaga. mampu ke time yang byk komitmen sbg pelajar ni kita nak jaga setiap hati agar tidak mudah terguris? renung2kan 
3- my priority is achievement. bukanlah pernikahan menutup jalan untuk mencapai pencapaian yang terbaik, namun alangkah baiknya jika hidup kita berfokus dan bersedia dalam satu-satu perkara?
4- i dont have enough time 4 myself as a student. mcm mana saya nak treat n handle pasangan saya dalam masa yang sama? ouh, i need to be prepared. sob3 again
5- kalau nak pasangan yang baik, kita mesti baik. cuba utk berubah dan berubahlah. nescaya tidak  akan rugi. penantian dan kepercayaan kepada Allah itu penting :)

maka, my other half...wah3..and uols outside there, be prepared. jgn pertikai perancangan Allah. Usaha itu perlu. tapi biar jalannya betul. keberkatan dalam rumahtangga itu bukan ketika sudah tertunai akad tetapi ia sedari jalan-jalan kita menuju pernikahan itu lagi. maka, pengorbanan yg besar itu perlu. mahalnya akad, bukan?



Sunday, 3 March 2013

kerana bola itu bulat...

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hai, semua!
ari ni nak cakap tentang bola..ha'ah, bola!

boal tu bulat kan? :)


dok kat kelantan ni, anna merasakan rakyat kelantan sgtlah taksub dgn bola. kenapa ya?
hahahaha
semalam, masa nak balik dpd kota bharu, kami naik prebet. pak cik prebet ni diam je..tapi bila kak nad cakap tentang bola, tetiba dia nyampuk "minak jgop ke bola ni?"...
ouh, bila cakap pasal bola bergegar-gegar..percaya lah! kelantan boleh cuti sebab team negeri dorang menang je!! haaaaa!mampu?
kedah je kedekut cuti..opsss...ampun tuanku! :(

ibrah dpd bola yg anna dapat...
kerana bola itu bulat, ia boleh menyatukan dan memperlaga-lagakan...
benar!
seperti kehidupan juga.
kehidupan ini ibarat bola yang bulat.
kadang2, ia menyakitkan dan kadang2 ia menceriakan.
mungkin yang sakit tu berada di kedudukan 180 darjah dan yang menceriakan berada dalam 185 darjah.
bila ia menggolek, kita akan merasai semua bahagian tapi bukan pada masa yang sama. percayalah!
dan setiap yang berlaku, senang kita cakap..ada hikmah disebaliknya, kan?
memang benar sesiapa yang berkata sedemikian, namun sejauh mana kita mengambil pengajaran dpd hikmah yang Allah SWT tetapkan buat kita? tu je nak cakap

daripada bola jugak, anna boleh cakap ia mcm persahabatan...
bola yang bulat tu merupakan circle cinta seorang sahabat kepada sahabat2 yang lain..
cuba bayangkan kalau dalam bulatan tu terdapat ramai sahabat2 yang tidak kita kenali namun, berukhuwah bersama. dalam masa yang singkat, cinta akan tersebar akibat dpd bantuan orang lain kan setelah kita pass2 kasih-sayang? sebab tu bola itu bulat~

pembalasan dalam hidup ini pun macam bola.'
kalau hari ni kita buat jahat pada orang lain, msalnya mencuri..mgkin esoknya kita dicuri juga atau diberi pembalasan yang hampir sama. itu janji Allah SWT.

oleh kerana bola itu bulat, maka berhati-hatilah ketika menyepaknya. bimbang ia kembali kepada tuan bila melantun. na'uzubillah~ :)

Thursday, 28 February 2013

Princess Perfect vs Miss Fancy

بسم الله الرحمن الرحي
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

bermula hari ni dengan penuh kesejukan..oohuu..hujan, sejuk sgt!! sampai ke tulang hitam, namun Alhamdulillah, rupa-rupanya hujan xsampai ke petang, langit cerah sekejap..*xjadi pepatah la pulak* :)

kelas yang tidak padat pada hari ni membuatkan anna dapat menarik nafas lega buat seketika cuma...tapi lepas tu, tuntutan amanah membuatkan anna melangkah menjalankannya.

sempat di dalam kelas, anna berbicara dari hati ke hati @ otak ke otak dengan beberapa orang sahabat termasuklah seorang sahabat muslimin yang buat anna kagum dengannya. daripada perbincangan kami tentang program kelas sehinggalah masuk tentang ukhuwah dengan para sahabat di asrama dan luar asrama.
penceritaan dia tentang keakraban dia dengan beberapa orang yang anna kenal sgt mengagumkan kerana mereka saling mengambil-berat antara satu sama lain agar setiap wadah yang mereka bawa dapat dirasai oleh semua yang sefikrah dengan mereka! Fikrah!!! ya, sangat penting untuk sama fikrah dalam berukhuwah kiranya~

bila bertanya kepada kami dibahagian muslimat, anna malu untuk mengaku kami terlalu rapat seperti adik-beradik dengan para senior. anna sendiri akui anna tidak terlalu rapat dengan sebahagian senior dan kalau boleh nak elak daripada jumpa mereka! serius!!! sebab? sebab, kalau jumpa diorang ja, benda first diorang tanya, "anna ada masalah ke? xnak la macam ni...." wah, selalu sgt!! bukan selalu sgt, memang macam tu pun...agak2nya memang diorang ditarbiah utk tanya soklan mcm tu kot mula2...huhu...kalau jawab xda masalah, dia tanya lagi kenapa masam? uish, aku xmasam la!! sila tgk balik soklan kalau nak kata anna masam..ingat bila ada masalah je ke org pegi program agama dan join usrah?! xchill lgsung!

duli dalam usrah, anna selalu dihidangkan dengan perkara yang berat-berat dan diminta beri pandangan walaupun anna xfaham habuk pun ttg perkara yang dibincangkan..adil ke?! kan dah cakap tak tawu, bagi la penerangan. kadang-kadang cakap salah, xcakap kata ada masalah..xfaham dengan dunia ni!

krik...krik...krik...
mesti akan yg cakap anna ni xpandai nak masuk dengan orang an? hmm...memang la korang...anna xreti nak masuk dgn orang yg pilih jenis ni..biasanya anna terjah sesapa...tapi pernah sekali tersilap terjah..uhuk3..berjanji tidak akan terjah lagi....

sahabat, orang tudung labuh bukan kawan dengan orang tudung labuh je...
kawan dengan semua orang...kita ni bersaudara...
kita kawan denga si fulan bukan hanya kerana dia sama pemikiran dengan kita, kita boleh masuk dengan dia ataupun bila kita bersama dia ja, kita rasa ilmu kita di level yang sama...tak! tak! tak!
cuba bukak pemikiran kita yang jumud macam tu..sampai bila pun kita takkan capai usaha dakwah dan tarbiah kerana orang yang perlukan pengislahan dan tarbiah adalah orang yang tidak sealiran pemikiran dengan kita, kalau kita tak mendekati dia, sampai bila kita nak berjaya islahkan dia? betul x?
ni pendapat anna yang dhaif ...yang selama ini di'avoid' oleh segolongan masyarakat yang takut mereka diracuni oleh anna...haha..lawak3! umor je meningkat tapi pemikiran semakin pedalaman~

ada je senior2 yang baik dgn anna dan kata2 dorg berjaya meresap hati anna..perlakuan mereka berjaya menjadi teladan buat anna dan pergaulan anna bersama mereka xpernah dibatasi oleh faktor aliran pemikiran yang berbeza kerana dorg amek lgkah adapt seseorang dgn apa adanya dia sambil baiki...

ini takk...ada jgak yang nak kita ikut cara dia 100%...xconsider jenis orang langsung...hello, jenis macam anna ni slow2 skit nak jadik muslimah anggun dan berbudi bahasa persis gadis melayu...anna xboleh..bukan xcuba tapi xberjaya..let me be me~

anna paling lemas dgn orang yang suka tunjuk lemah dan muka kesian sedangkan pada masa yang sama dia sedang merencanakan sesuatu buat kita...fokus tarbiah dia memang utk kita dan terang-terangan dinyatakan nama depan orang ramai! oitttt, kalau anna yang buat kat awak macam tu, apa rasa? ok..anna xpernah rasa macam ni, tapi sahabat2 anna pernah merasa,..dan anna turut terkena tempiasnya..cubit paha kiri, paha kanan pun terasa, sis!
dan bila dia rasa kita tak dapat ditarbiah lagi, dia terus abaikan aje kita...dan fokus pada orang lain...lau macam tu, orang yang biasa menerima tarbiah akan terus ditarbiah dan yang kecundang ni akan terus rebah dan mati...jgn nak harap dapat bina anak muda nant kalau kita terus-terusan macam tu!

anna xmengharapkan proses tarbiah yang menekan..anna cuba pinta daripada para senior agar diberi layanan  sama rata antara satu sama lain..ya benar! kadang2 kami ni jenis happy go lucky tapi jgn uji dgn psikologi..kdg2 kami meletup jgak...xsemestinya yang dah lama belajar akan mahir selagi ilmu tak diamalkan tapi yang permulaan tu walaupun lmbt tapi dia faham dan amalkan tu penting~
Allah Maha Mengetahui...Dia yang membolak-balikkan hati kita...hati yang dibolak-balik lebih cepat daripada air yang sedang mendidih..percayalah :(

ouh....xlupa sekalung penghargaan kepada naqibah saya sekarang yang sporting, kak hafizah...ahli2 usrah yang best2 :)
akak2 bukan usrah yang berjaya tarbiah saya, kak najwa n kak ain :)
mekasih kerana byk bantu kanak2 riang macam anna ni ha...dan ajar erti husnuzhon~ :)

p/s: coretan kat atas ni ada kaitan dgn yg hidup..amek yg baik, tinggalkan yg buruk :)

OF KOS LA, PRINCESS PERFECT akan sentiasa baik di mata orang lain..dan MISS FANCY akan bermasalah di mata mereka juga....tapi antara princess perfect dgn miss fancy, sapa lebih easy to get tarbiah dan mudah bergaul? pkir2kanlah...wallahu'alam :)

Saturday, 23 February 2013

"kita kan adik-beradik?"

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...bersyukur kepada Tuhan yang Menciptakan kerana dipanjangkan usia dalam rahmat dan nikmat yang paling besar dalam hidup, kasih-sayang~

bertitik tolak daripada perkataan kasih-sayang ini, Alhamdulillah satu lagi tautan yang sangat2 dinantikan oleh seluruh alam telah terjalin dengan kehendaknya...amboi ayat!! sakit perut bila baca blik..puitis sgt~

pendek cerita je la ye...kami sekelas dah melawat rumah kak wea utk memenuhi hasrat umminya a.ka.a ummi kami jugak! ummi dah lama berharap agar kami datang ke rumah diorang. nak dijadikan cerita, setelah halangan dan rintangan dilalui, akhirnya dapat jugak smpai ke sana...masya-Allah, anna tak dapat nak gambarkan suasana di sana...semuanya ada!

at first kami sampai, yg ad kak jie, abang sulong, mak (nenek) dan ummi~ ummi masih terbaring...ummi strok..tapi ummi masih cantik :) yang tu saya mengaku...haha..saya xpernah tengok orang strok secantik ummi..s.e.r.i.u.s~

memang tujuan kami datang untuk menghiburkan ummi dan keluarga abuya kerana kasih sayang kami pada mereka sekeluarga. sebelum ni, kak wea selalu je ajak p umah dia tapi disebabkan semua selalu ja ad program hujung minggu, kitorang xdapat pegi..menyesal rasa bila melewat2kan :'(..maaf mi...

pagi2 lagi kitorang dah siap nak pegi umah kak wea. bila sampai rsa macam keluarga yang sedang menyambut kepulangan ank2nya...sangat mesra! itu anna takjub sgt! rasa macam keluarga sendiri... anna sendiri tak rasa my family boleh buat mcm tu kat anak org lain....hahah...opss..
tapi berbeza dengan keluarga kak wea. tgk kak jie, kakak kepada kak wea, saya mcm nmpak kakak saya di situ...sgt peramah..rasa x kekok bila berbual dan brsama..subhanAllah, mana nak carik orng yang macam tu? dan ungkapan paling menarik " kita ni dah jadi adik-beradik dah.." amat menyentuh hati anna..mudah sgt tautan kami berlaku seperti ianya sudah dirancang..perancangan Allah itu sebaik2nya :)

ummi berasa sgt sebak dengan kedatngan kami...dia suka kalau kami selalu datang kot,...hahaha..buat nyemak je la..kikiki
ummi dah belikan toto sebab ingat kitorang nak tdo kat umah dia...dlam keadaan terbaring begitu dia masih ingat terhadap orang lain..masya-Allah kuatnya kasih sayang seorang ibu! melihat kepada ummi, saya teringat emak di rumah yang sentiasa sibuk bila tibanya kenduri...tapi dia sempat lagi tnya anak-anaknya sama ada sdah makan atau tidak akibat terlalu sibuk di dalam rumah, dan dialah orang yang belum makan kerana terlalu sibuk..begitu juga anna nmpak di mata ummi...ummi terlalu care pada orang lain walaupun dia sakit..anna rasa bertuah sgt dapat mengenali ummi dengan cara yang macam ni...at least, bila masuk dapor, ummi xperlu bersusah payah..anak2 ummi dah ada untuk tolong dia :)

sebagai seorang sahabat, buat kak wea dan kak jie...anna tawu apa yang korang rasa...mcm mana rasa nak buat lawak depan ummi sedangkan dalam hati merintih pedih...mcm mana nak tersenyum dpen ummi sedangkan hati menangis...dan dok pkir pulak, nant apa jadik kat ummi kan?
kita patut bersyukur, ummi depan mata kita...dah lama ummi jaga kita, why not sekarang kita jaga dia.. :)Alhamdulillah daripada pemerhatian anna, kak wea, kak jie dan adik beradik serta abuya pandai memainkan peranan...kalian keluarga hebat~
ummi orang yang kuat, tapi yang lebih kuat adalah kalian...kalian tulang belakang ummi...masa mula2 sampai, aura muka kak jie membuatkan anna rasa cepat utk mesra,...bukan semua ada aura macam tu..certain2 yang terpilih je ada dan kak jie salah seorangnya :)...anna rasa sgt kita semua dah mcm adik beradik...kami anak2 ummi dan abuya, adik kepada abg long, abg seken, abg third, kak jie n kembar kak wea!!! xgitu?..hehehe

dan sekali lagi, program kali ini menyebarkan kasih sayang antara kami 21 orang adik beradik dibwah bapa tunggal en sukri ibrahim. Alhamdulillah, program ini membawa ibrah yg sangat berkesan. tautan kita semakin erat dan kita saling memahami serta melengkapi. kalau ad sebelum ini kita saling kekok bersama, moga dengan program ini kita semakin matang berfikir. kerana proses pembelajaran itu tidak pernah berakhir, marilah kita sama2 belajar utk menjadi insan yang berfikir secara ruhiyyah dan batiniyyah..kadang2 pengorbanan yang kita buat sedikit je, tapi dengan yg sedikit tu kita boleh topap balik kelemahan sahabat kita..apa salahnya kita berkorban? Alhamdulillah, anna dikurniakan sahabat2 seperti kalian yang perit untuk anna cari kat dunia ni..dan untuk kesekian kalinya, kalian bukan lagi sahabat tapi adik-beradik yang paling anna sayang!! please! jgn tinggalkan adik-beradik kita kala mereka perlukan kesusahan...kalau orang lain xdpt tolong, adik-beradik kita yang lain ada..air dicincang xkan putus, sayang! buat adik-beradik anna sekaliannya,anna always kat sisi korang lau need help..xkira la korang lelaki ke perempuan ke, we're one!
lau semua benda ni nak diucapkan dengan perkataan, xmampu rasanya..terlalu bermakna! juz let the pics tell every single things <3

by kak shidah <3

with abuya <3

sempat je slps amali qiraat

amali qiraat <3


gala night kesas, kelas kitorg yg join!

bahana beristeri 4, semua nak ikot p function ;p

test...test..

pilih la nak yg mana

kegembiraan adalah sesuatu yg senang diungkapkan :)

gelap seyh~

muslimat talk..komitmen 100% dpd my sisters

nasi ulam disukai ramai :)

cun..whoaa..

ni...kak nad awat?

yg ni jelas sket~

waktu arab semua terabur~

jamuan kelas..irfan tercekik tulang ayam ;p

my lovely sisters..i love uolls!

pic ni nak fokus kat irfan je sebab pic dia susah dpt..ngeee

our superhero..sgt kat diorg ni...sgt2~

again..

this is what we called line of love :)

ukhuwah till jannah..ameen

awak2 ye, saya sayang awak sgt2!! xmampu terucap~

Sunday, 3 February 2013

ibrah daripada yang bergelar kakak :)

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hai!!! lama kita xbersua pendapat. bukanlah maksudnya anna sibuk, tidak!! tidak sesekali untuk blog terchenta! haha
tapi....ada idea namun, xdapat diungkapkan :)

kali ini, spesial skit entry ni sebabnya ia dedikasi kepada golongan2 tertentu..bukan maksudnya bias tapi kerana mereka ini telah mengajar anna macam mana nak harungi sesuatu cabaran ataupun dugaan yang sebenarnya besar dengan cara yang sepatutnya..masya-Allah!

sebenarnya, pilihanraya kampus baru sahaja berakhir hari ni. Alhamdulillah berkat sokongan para sahabat dan sahabiah, anna dapat melalui hari ini dengan tenang. kalah menang itu belakang kira. mungkinlah dalam 2-3 minggu lagi akan diadakan pengumuman jawatankuasa perwakilan pelajar yang baru. bukan jawatan yang kita harapkan, tapi kekuatan pihak kita untuk sentiasa melaksanakan t/jawab kepada semua pelajar selagi termampu.. memang anna tanamkan dalam diri anna agar tidak mengharap kepada kemenangan kerana bimbang kalau kekalahan nanti bakal meroboh benteng keyakinan dan mengurangkan rasa infak kepada semua. menang @ kalah bukan titik penentu pergerakan kita. berkat apa yang anna pegang ni, anna bisa melalui perjuangan ini dengan tenang walaupun kurang sedikit peratusnya berbanding prk dulu :)

dan sebenarnya jugak, ketenangan ni bukannya anna capai seorang diri. anna peroleh daripada tiga orang insan yang hebat...hebat dalam pemikiran...nak tau sapa?

1) kak najwa
kak najwa ni senior pend islam sem 5. anna kenal dia bukan kerana dia org utara dan senior yg sama opsyen tapi anna kenal dia kerana atas kekuatan jiwa yg dia bina~ masya-Allah...orangnya kecil, bertubuh genit, manis tersenyum tika kita melangkah menghampirinya, tidak lokek dengan ilmu, sentiasa mengambil ibrah dpd perbuatan sendiri dan orang lain, kata-kata yang terluah sentiasa dengan nasihat dan motivasi...tak pernah mencela orang lain...fizikalnya, mungkin orang bakal mengatakan dia seorang yg biasa2 shj..namun, secara ruhnya, kak najwa sangat senang untuk didampingi. dia tidak mudah melatah.kata2 teguran yang lahir daripada mulutnya seperti nasihat daripada seorang kakak kandung~
teringat lagi apa yang kak najwa cakap masa pengumuman calon jpp
k.najwa : kak najwa nampak anna agak suram tadi masa perkenal diri kat pentas.
anna : ya ka? hahaha...suram jugakla sket..rasa xgembira...
k.najwa : yang dulu dengan yang bakal datang memang xkan pernah sama. kalau kita ditakdirkan berada di dalam yang bakal datang, kita kena terima seadanya.
and i'm crying diam2 lepas apa yang kak najwa cakap tu. memang xkan sama!
anna akui, anna terlalu menyayangi kepimpinan yang lama kerana anna terlalu selesa berada dlm klangan mereka. namun, kita xselamanya berada di zon selesa. she said, kita ni ibarat air mengalir yang dihalangi batu2...sekuat mana pun batu tu untuk menghalang perjalanan kita, kita tetap perlu kuat..lebih kuat daripada batu kerana kita adalah sumber kepada orang ramai! subhanAllah! kuatnya dia! dan bersama-sama kak najwa, anna belajar untuk menjadi lebih kuat dan tenang :)

2) kak sakinah
kak sakinah a.k.a. kak kinah ni ex s/u agung jpp. kak najwa naib dia. dorang rapat. personaliti yang sedikit berbeza. di sisi anna, kak kinah seorang yang sentiasa berfikir dan bergrak.ekstrinsik. aura kepimpinan dia boleh dirasai oleh sekeliling. mgkin kerana pengalaman yang dia ada selama ni.
pada malam kitorang jumpa, 1-2 ari b4 hari mengundi, anna menangis depan dia. anna tak kuat untuk bersama org lain. anna nak kepimpinan dulu. walaupun anna tak tahu adakah anna masih akan menjadi seorang jpp atau tidak, anna sudah merasa tidak sedap hati dengan apa yang bakal kami lalui kerana anna merasakan ada konspirasi di sebalik calon2 yang bertanding. wallahu'alam. sebahagiannya anna tahu niatnya. Alhamdulillah, niat kami seiring. namun ada juga yang mencalonkan diri kerana kepentingan organisasi. semoga niatnya diperbetulkan. dalam tangisan tu, kak kinah pesan supaya anna sentiasa belajar dan kuat. sama macam kak najwa, dia tenang ja.dia tidak cepat menilai sesuatu berdasarkan luarannya. anna belajar tu daripada mereka berdua.

kak najwa + kak sakinah = najwa sakinah :)

3) kak yang
ni kakak kandung anna..dia sempoi je..bila bagitaw anna btanding jpp. dia cakap,

k. yang :bertanding pulak? ikutlah adik..selagi mampu
anna : tapi adik takutlah dengan study
k. yang : dah tu masuk buat apa?
anna : xboleh la kalau dok saja xbuat apa2
k. yang : dah tu oklah, dah masuk bertanding dah. xpa aih...dlu ok ja
anna : tapi dulu foundation ja...skrg dgree dah
k. yang : sama ja..tetap kena belajar. insya-Allah xdak apa2..pandai2 bahagi masa

yang tu je dia cakap..tapi kesannya mendalam. phrase "pandai2 bahagi masa" tu sgt berguna kerana semua kakak anna akan pesan benda yang sama kat anna coz dorg tawu adik dorang camna. tapi dorg xpernah paksa anna utk buat apa yg anna xsuka dan xpernah halang minat anna. sebab tu anna xdak rahsia dgn dorg..zero! Alhamdulillah~

tu shaja cerita tentang kakak2 ni..dorg orang yg hebat.senang nak jumpa tapi susah utk nak ambil ibrah kerana hati semua orang xsama :) hanya yang ikhlas dan bersedia akan merasainya
kak yang + mak <3
kitorang! <3


Friday, 11 January 2013

ada aku kisah?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sesuai untuk 'sang inferiority complex'...

* * *

"Ramai takut untuk yakin diri kerana risau dikatakan berlagak.

Ramai yang takut untuk menonjol kerana risau akan riya'.

Begitulah permainan syaitan. Gagal membawa kita direct dengan ajakan keburukan, mereka akan mematikan kemaraan kita dengan alasan-alasan 'kebaikan'.

Berlagak, riya', ujub, takabbur dan apa sahaja permainan hati adalah untuk ditentang bukan untuk ditakuti.

Jangan takut dengan persepsi dan pandangan orang terhadap kita. Bukan pada kuasa mereka untuk menilai sama ada kita riya' dan berlagak. Pada tangan Allah jugalah penilaian itu. Dan kerana Allah sahajalah kita berusaha, bukan kerana manusia akan berkata apa.

Lawan syaitan di dalam hati, dan maralah untuk kebaikan ummah ini!"


kompleks sangat orang mcm ni..takut nak buat apa2 kerana bimbang dgn cakap2 orang...
hey, mulut tempayan memang xdapat ditutup..kalau tutup pun, mesti ada yang datang buka balik..jgn takut dan jangan risau, kerana pasti suatu hari natijah dpd keputusan yang kita ambil akan membawa kebaikan kepada masyarakat. so, pedulikan cakap2 orang dan teruskan langkah kalian!

anna pun dulu takut2 nak buat keputusan sebab malu dgn org lain.."kalau xjadi macam mana? kalau salah macam mana? nanti orang cakap apa lak?" 
haaaaa! sudahlah kalau suka pkir mcm tu, memang xkan bergerak, seriously!
at last, anna bjanji dgn diri anna, selagi anna mampu, dan tidak salah, kenapa takut? utk ummah, kita cuba yang terbaik! :)

kalau korang nak mengata pon, ada aku kisah? last2 nanti korang yang penat..anna habuk pun x effect sebab kita tahu kita di landsan yg betul~ so, ada aku kisah? :p

Tuesday, 1 January 2013

apabila ia semakin menginjak...

بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah....tahun baru, azam baru, suasana baru, baju baru, kasut baru...hahaha
semuanya barulah senang cakap!
tapi ada benda jugak yang anna paling takot kalau diperbaharui~
UMOR!!!
umur yang baharu menandakan kita perlu segera menempah batu nisan dan mencari tapak perkuburan kerana kematian semakin mendekat seiring usia T___________________T
tretttt!

setiap tahun, anna akan bersedih dan bergembira

gembira sebab dengan adanya tahun baru, anna akan sentiasa ada benda baru nak buat..semangat lain...azam pon lain..perancangan pon semakin meningkat. maklumlah, tahun baru!

sedih jugak sebab usia semakin bertambah..anna paling takut bertambah usia pada setiap tahun. which mean i'm becoming older. kalau gadis lain xsabo nak meningkat usia sebab nak rasa kematangan, kewanitaan, kebebasan, tapi anna paling takut usia yang bermula dengan nombor '2'..
usia2 macam ni lah kita nak lari dpd mak ayah n family, nak pegang duit sendri, nak duduk rumah asing, nak ada pakwe makwe, nak ada kenderaan sendri...
sometimes, i thought like that 2..but, Allah realized me first...
selagi mana kita tidak terlepas dpd tanggungjawab parents, selagi tu dosa kita ditanggung diorang..masya-Allah, beratnya menjadi ibu ayah! kita yang berseronok tapi di akhirat, mak dan ayah yang menaanggung azab :(

usia yang semakin menginjak xbermakna kalau kita tidak belajar dpd pengalaman lalu..
menjadi seorang manusia yang mensyukuri njimat hidup, dia akan sentiasa berusaha menjaga amalannya agar seiring dengan usianya untuk bertemu al-Khaliq..nah, tahap yang paling susah utk kita capai! anna sendri xmungkin mampu untuk mencapai tahap ini kerana anna masih manusia yang iman senipis kulit bawang. namun, untuk berubah kita perlu kuat dan tabah serta tegas melawan nafsu dan bisikan syaitan iblis. insya-Allah, perkongsian kali ini mungkin sedikit dan mungkin tidak begitu bermakna tapi ingatlah, usia yang menginjak bukan tiket untuk kita lari dan bebas dpd perhatian Rabbul Izzati..wallahu'alam

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...