Wednesday, 30 November 2016

dah nak payung sangat

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

kalut aku nak up entry yang bakal kunjung tiba ni..
haha.
sebab aku baru baca post viral kat fb.

sibuk kan mak jemah?
haha.
peduli ke aku.
aku cuma nak bagi pendapat.
hampa nak terima ke atau nak tolak ke, bukan polis datang tangkap aku pun.
gituu semangat.

isunya poligami.

haha.
bagi aku, isu ni common sangat.
dah biasa dah.
dah diberi peluang boleh untuk beristeri lebih, siapa tak mau kan?
kalau aku lelaki, aku pun nak kot.
kot je la. 
kalau dalam situasi aku tak faham konsep poligami sebenar.

logik la.
kalau kau ada satu bungkus roti, lepas tu kau mampu nak beli roti satu lagi, mesti kau beli kan?
alasannya nanti kalau dah lapar, boleh la makan dua-dua. 
kena ke analogi aku. haha
nak cakap yang dua-dua roti tu boleh digunakan dan ok sahaja kalau ada lebih.

aku tak cakap salah.
tapi jangan membazir.
amboi.

serba salah aku nak share benda ni.
satunya, aku pun belum bernikah, jadi aku tak tahu apa isu yang seronok dan tak seronok sangat poligami ni. 
dua, monogami dan poligami bukan isu kecil, ia melibatkan keturunan.
tiga, aku risau Allah uji aku dengan apa aku katakan dan aku tulis.
empat, takutnya tulisan aku menjadi bahan fitnah. 

tapi aku ambil jalan tengah. aku sekadar sampaikan pendapat. so, chill kalau rasa nak baca santai, silakan. 
kalau rasa boleh dijadikan bahan pemikir, hampa pikiaq sendiri. heeee

seorang perempuan berusia 19 tahun meluahkan pendapatnya yang menerima poligami dan agak menggalakkan poligami berlaku terhadap dirinya sendiri.
kalau bagi aku usia 19 tahun agak muda lagi. sebab time usia aku sebaya itu, aku dok ukoq tanah kat IPG dan sekitar tempat belajar. haha. time tu pun aku tengah memberontak tapi budak ni dia dah pikiaq nak poligami. berwawasan betoi. 

mungkin atas faktor ilmu yang dia miliki atau persekitaran dia, aku tak tau. ada la tu sebabnya. 
ermm, bila dah viral, hampa faham la netizen ni. tambah-tambah yang wanita. boleh berguling gelak tengok komen depa. tambah-tambah hat dah kawen. heee
"kau tak kawen lagi, boleh la cakap."
"budak baru nak kenal dunia."
"cakap senang la dik oiii. kena atas batang hidung sendiri baru tahu."
dan berbagai lagi.

tapi aku suka komen akak ni. hihi
"Alhamdulillah kalau awak dapat suami yang faham agama, dapat berlaku adil dalam poligami, dan mampu dari semua aspek. tapi bukan semua orang begitu. siapa redha dan restu, Allah akan memberi sebaik pembalasan."
deep. 

aku macam nak share jugak. lepas tu letak caption "moga syurga buatmu."
pastu aku terfikir, dah kenapa pulak aku nak share? boleh tahan jugak perangai tak semenggah aku. sengal macam tu pun nak share. 

logiknya, isu poligami bukan isu lama atau sengal. ia isu ummah. sebab tu kat atas tadi aku state bahawa ia melibatkan keturunan atau generasi kita.
aku bukan anti-poligami jauh sekali pro-poligami.
mengambil jalan tengah, aku meraikan poligami. kalau budak kelas aku ni dah faham sangat perangai keras aku ni. 

bukan aku benci dengan poligami. langsung tidak. ia salah satu dari sunnah. poligami dan monogami. dua-dua sunnah. 
yang paling sunnah monogami sebabnya Rasulullah berada dalam perkahwinan monogami bersama saidatina Khadijah lebih lama dari tempoh baginda berpoligami dengan isteri-isterinya yang lain.
mudah lagi kan nak faham sunnah yang lebih aula?
haha.

ramai wanita nak jadi macam Khadijah. dan bukan semua mampu jadi macam Zainab. banyaknya bersikap seperti Fatimah.

kenapa aku cakap macam tu?

majoriti malahan semua perempuan apabila dikahwini, dia tak ingin berkongsi kasih dengan lelaki yang namanya suami. kedekut kan? haha. nak suami tu setia. tak menduakan kasih. dialah segalanya.
realiti. ok aku terima. sebab memang semua perempuan ada sifat cemburu. sikit atau banyak sahaja beza. nak-nak kau baru kahwin, laki nak pasang satu lagi. hangin satu badan tanya apa kurangnya aku ni?! kaaaan. macam tu lah. scene ni aku pernah dengar la. ada beberapa orang perempuan datang mengadu kat mak aku, so i was wow. begitu sekali. haha.  dah kenapa aku haha ni. 

ada juga yang tak boleh terima poligami. kalau nak berpoligami, ceraikan dia aje. sob3. aku mungkin kategori ni. uuuu. takut. ni spesies cemburu tinggi sampai-sampai terfitnah agama. baik kau ceraikan dia ni. kalau stay jadi isteri pun mungkin akan nusyuz. lagipun, mungkin fungsi dia sebagai isteri dah takkan sama. pilihan. biasa tengok filem 'Ketika Cinta Bretasbih' ? win betoi cerita ni. aku ingat lagi scene Ana Atthafulnisa bagi syarat tu kat bakal suami dia. tapi lelaki faham agama, dia terima ja. atau betul dia sayangkan perempuan tu. dah jadi taklik tu. haaaa. jangan memain. 

kalau semua macam Zainab, haruslah tiada peperangan emosi dalam kalangan wanita kan bab poligami ni. apa yang giliran yang ada, diberi pada isteri yang lain. haha. seronoklah. ni tahap toleransi memang tinggi. namun, siapa sahaja pada mastu sanggup nak bercerai dengan Rasulullah kes cemburu? ditariknya gelaran ummul mukminin. Allah. Allah. kalau dilihat, apa sangat kita nak rebut kan? cukup kalau Allah redha dan kita mampu. 

aku cakap ni sifirnya nampak mudah. tapi nak amalkan tu susah.

bab aku bercerita kenapa perlu berpoligami atau kelebihan pologami, baik hampa pi mengaji. khatam kitab Muhimmah kulit ke kulit baru hampa tau berat ke tidak benda ni. 

berat bagi aku. sebab tanggungjawab.
adik yang yakin sangat nak berpoligami tu baguslah. sebab dia ada azam. dan dia yakin dia boleh buat. aku tak gemar dengan tingkah netizen yang mengecam dan membahankan budak tu. dah dia nak, silakanlah. dah fikir masak-masak la tu yang sanggup buat statement macam tu.
kita yang tak mau ni, diam sudahlah. jaga suami dan berdoa. 
Allah Maha Mendengar.  
percaya satu ja, Allah uji kita dengan  apa yang kita cakap. 
*tetiba aku rasa takut pulak nak menulis. nanti suami nak berpoligami. nehi hei babuji*

so, overall, jangan besarkan isu poligami dan jangan buat main.
kadang-kadang dalam kita bergurau, kita tak tahu ada hati yang sedih. aku misalnya, kurang gemar bila ustaz-ustaz naik sheikh bercerita isu poligami ni. kenapa kita yang title agamawan buat lawak benda macam ni? seronok sangat ke? memang kita ada ilmu tapi ini bukan cara untuk bergurau sesama kita. ada benda yang kita rasa kita bergurau tapi kalau terbiasa, kita akan buat. sebab dah biasa. 

kalau dah dapat isteri yang sudahnya taati hampa, boleh terima kekurangan dan kelebihan kita, sentiasa improve diri, cukup serba-serbi, apa lagi yang kita cari? cantik? muda? bergaya? haha. korang cari....cariii sampai matiiiiiiiiiiii. *nada oktaf*
that is for suami. 

isteri, kalau dah ada suami yang jaga agama, taat dengan Allah, sayang ibu bapa kita dan ibu bapanya, tu memang rezeki jatuh dari langit. taat pada dia sebagaimana dia taat pada ibu bapa kita dan ibu bapanya. sebab dulu syurga kita bawah telaak kaki ibu, tapi sekarang dia ambik alih. dan jangan kedekut suami dengan ummah. ni je azam aku kalau dapat suami. kena share. tapi jangan nak poligami. eh tetiba. 

well, sekali lagi kalau aku nak cakap melebih macam over pulak. diri sendiri tak kahwin lagi, apa kes nak nasihat orang lain kan? haha.

just my two cents. 

banyak lagi aku nak taip, tapi aku nak sambung cat.
so, sudeyyyh.
kalau nak ambik, ambik.
tak nak pon ok.
saham akhirat masing-masing kalau tak nak share. 
kah.

selamat berpoligami dengan masyarakat dan agama. 

QS 4:3

Sunday, 27 November 2016

syukur dan sabar

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

entry ini dari wanita ke wanita ya.
ahaha. 
dah macam iklan dalam radio. 

ok.
entry ini untuk semua. 
yang bergelar graduat.
tahniah walaupun bukan secara rasmi lagi. dan haruslah tahniah kepada aku yang memang tak mau jadi cikgu dulu sampai ke sudah berjaya bereskan 5 tahun setengah dengan rebel, derhaka, berontak, kasih, gembira, indah, tangisan dan pelbagai perasaan yang bercampur baur. 
berjodoh betul dengan dengan ipg walaupun rebel. 

asalnya semalam lagi aku buka laptop aku, dah nak up entry baru tapi ada isu rumah tak bertangga sangat semalam. ohoi. so, here it is!
aku tebus hari ni. hihi

dan asalnya aku nak up entry tribute to anyone yang pernah muncul dalam hidup aku kat ipg, sudahnya tinggal dalam draf sahaja walaupun dah seminggu ditulis.
sebab aku rasa akan ada satu hari nanti yang sesuai untuk itu. 
mungkin bila dah lama dan aku nak buat lempaq belakang dengan telatah setiap daripada mereka. 
bukan mudah nak up entry manis tahap diabetes ni. 

jadi, start 17 November hari tu, aku dah rasa aku menanam anggur dibibir sahaja. haha. unemployed. 
sibuk mengemas. nak balik kampung oi. barang berkotak-kotak, berbeg-beg..kau rasa sempat ke aku nak fikir entry? 
tapi aku up jugak satu dua kan? untuk hilangkan gian menulis. 

jejak saja kaki kat rumah, aku tak bernafsu sangat dah kali ni. sebab mak ayah depan mata, takkan aku nak menaip kan. idea aku pun kering but still senyap-senyap aku buat jadi draf entry. hehe. nanti kalau hilang, susah nak cari balik. so, sekarang ada tiga atau empat draf yang tunggu masa nak murnikan ja lagi. 
waaah! *tepuklaaa -_- *


drama sangat masuk muqaddimah. 
haha.
dok rumah.
kau tanya aku dok rumah buat apa? 
meh aku senarai. tapi aku tak mau ja. sebab tak larat senarai.
15 benda kena buat satu hari, 6 belum tentu lepas aku buat melainkan wajib buat. 
seperti basuh kain baju, lipat kain baju, sapu sampah, cuci pinggan mangkuk, memasak, kemas rumah, siram pokok bunga mak aku tu dan sebagainya.
tapi dalam 15 senarai pon sempat nyelit buat benda yang tak dak dalam senarai. 
misalnya merapu, mengarut, berehat-rehat dan mengelat dalam setiap pekerjaan.
jadi untuk tidak mendatangkan ribut bini pak abu, setelkan benda-benda tu awal-awal. 
pastu nak lepak ke nak meroyan depan laptop, tak dak hal.
tu pilihan.

power ah kan boleh buat kerja-kerja dalam dua tiga jam ja?
tapi selalu tak.
sebab aku jenisnya lengai, drag jugak pkul 7pagi sampai pkul 11pagi. 
haha.
pastu rebel macam budak berhingus.

hampa tak tengok list kenduri mak ayah aku. mau pitam kalau satu hari 4-5 buah kenduri. aku jalan pun dah macam orang menari mak yong. penat. 
satu ja aku ingat mak aku pesan. ni la peluang nak jumpa adik-beradik. nanti kenduri aku takdaknya orang nak mai kalau sekarang aku sombong.
budak rebel dah tentu jawab baguslah. jimat lauk.
kau rasa apa balasan dari mak aku yang aku dapat?
sakit oi. diketamnya aku. haha.

kenduri satu hal.
rumah pulak banyak betoi nak kena itu ini.
dibelinya cat pulak. 
dah kenapa?
"tak nampak ke dinding tu dah kena cat balik?"
"cat ke tak cat ke tetap dinding mak."
"dinding pun macam orang. nak cantik. tak malu tengok bersopak bila orang datang?"
tak menang lah aku berdebat dengan mak aku. baik ambik berus dan gelek. tapi tetap sampai sekarang aku tak buat. haha. esok2.

jadi aku wonder, bila boleh aku nak bekerja? selain dari jadi cikgu, aku nak jugak try benda lain. 
jadi kerani ke, cleaner ke, pembantu taska ke, pengasuh ke, arkitek ke, engineer ke. eh. haha
drama TV3 sangat weyh.

maybe, nak lepas bebas daripada meminta-minta dengan mak ayah ialah dengan aku berdikari. bab berdikari ni aku ok sahaja. sebab aku jenis redah ja selagi aku mampu. 
life is a gamble.
sampai bila nak bergantung dengan orang lain. tambah-tambah tak dak abang atau adik lelaki. 
nak tak nak, aku lah lelaki, aku jugak perempuan. tetiba rasa hidup dua alam.
hahaha. 

bab sakit pening mak ayah aku dah jadi tanggungjawab aku la kan? aku dah cuti sangat ni oii. kad hospital ayah dan mak, kad bank ayah dan mak, hatta kad pengenalan pun letak kat aku. 
"mak tak mau pegang. satgi mak lupa."
ewah. tahap lupa aku lagi kronik aku rasa. letak spek kat dalam bilik pi cari dalam kolah. 
tapi ok. terima kasih kak yang dan kak ija. tolong jaga dan simpan time adik belajaq.
berchenta sungguh adik dengan hampa!

tipu kalau tak penat.
aku manusia biasa.
bukan maksum.

penat tapi sabar.
ni lubuk pahala saat ini.
ada orang nak mak ayah tapi awal Allah tarik nikmat tu.
ada benda Allah nak tunjuk.
tu ja mantera yang selalu aku guna. 
kalau diceritakan kepenatan aku, macam ada anak sepuluh. dan sedang mengandung lagi seorang.
hahaha. melampau betoi la perumpamaan. 

hampa kalau tengok aku bercerita jadual aku tu mesti rasa eleh biasa ja kan? atau betul ke?
tapi kisah ke aku kalau hampa tak percaya pun? hahaha. 
eh tak lah.
aku enjoy ja walaupun penat kan.
sebab dah biasa ni dengan pak abu dan bininya.
kacang...ewah!
ada masa-masa jugak la aku hamburkan penat kat kak-kak aku. 
tapi depa penat lagi rasanya daripada aku. 
dan masih lagi mereka setia dan sabar.
apa sangat cerita macam ni.

lepas ni tak tahu kemana rezeki aku posting. so, haruslah nak spend sikit masa dengan pak abu dan bininya. 
sementelahan nanti berkahwin, lagi kena bahagi masa. ni kena kawtim ni.

tu tak masuk bab sambung belajaq lagi. depa dah start buat grup dah. ok2. by 2018, kita try apply. sempat la aku tengok posting celah mana kan. untung-untung sambung dekat dengan rumah ja. lagi untung, sambung dengan pasangan. *wink sikit*

nampak gayanya lepas bebas aku cuma lepas bebas hidup kampus sahaja. still, rutin seperti biasa. dan still, syukur masih ada untuk setiap saat bersama pak abu, bini pak abu dan anak-anak pak abu. mungkin pak abu dah boleh pikiaq untuk tambah ahli keluarga baru niiii. 


QS 16: 18 & 53



Saturday, 19 November 2016

kelantan, you'll be missed.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

it's the time. 
nak ditinggalkan semua dah.
sekejap ja 5 tahun setengah.
dulu kemain menempik tak mau dok sini.
rupanya Allah hadirkan cinta dibumi serambi Makkah.
cinta pada persekitaran.
cinta pada tarbiyah.
cinta pada orang-orangnya.
cinta pada ilmu.
cinta pada kenangan. 

wallahi payah nak lepas semua ni.
sekarang aku boleh rasa lagi sebab aku masih lagi disini.
tapi aku tak tahu apa aku rasa kalau kaki aku dah jejak tapak rumah.

pehal macam sadis ayat aku ni? haha. selalu kalau kawan-kawan buat ayat sedih gini, aku la orang pertama yang "weyh, chill la. jangan sedih-sedih." haha. mengata dulang paku serpih.
nasib baik tak meramu ayaq mata. 

aku bukan suka sangat dengan Kelantan. at first. cerita-cerita yang aku dengaq dari masyarakat setempat. 
pengotor.
kaki control bini.
pemalas.
assabiyyah.
herm.
tertunduk aku.
haaa sudah dah laaaa.

haha.

aku datang sini dengan pemikiran begitu. betapa mudah aku diracun. tiada jati diri. 

awalnya aku melihat semua itu dengan pemikiran aku. apa yang aku ingin lihat berdasarkan apa yang apa yang aku telah dengar. 
ada tapi bukan semua.

i put my believe to the end.
but things like pasar siti khadijah yang tak sedap mata memandang ada betul dan ada tidak. tapi kalau diminta aku makan disana, tolong jangan. aku tak mau mengguris hati peniaga disitu. 

kalau cakap kat aku rakyat Kelantan miskin, aku rasa kat tempat lain pun ada. malah masih banyak. cuma disini, scene orang mintak derma masih ada. untuk yayasan, maahad, sekolah dan pusat tahfiz. pernah sekali aku terjumpa dengan seorang kanak-kanak dari Kedah yang dibawa ke Kelantan untuk pungut derma madrasahnya. speechless. but, still nak bagi, bagi. tu kaitan kita dengan Allah. jangan kait nama negeri.

dikatakan lelaki Kelantan pemalas. entah mai mana teori macam tu. orang pertama yang tolong aku kat sini ialah seorang warga Kelantan. a pak cik. so, i have to deny it. langsung bunuh persepsi aku dari hari pertama lagi dengan kenyataan lelaki Kelantan pemalas. mungkin memang ada. dan sekali lagi, kat mana-mana pun ada. kat kampung aku ramai. dan budak kelas aku tak pemalas pun. rajin sangat pulak tu ada. 

assabiyyah. yaaa. aku terasa pada awalnya. tapi semua benda dah dijernihkan dari awal. komunikasi tu sebenarnya. kalau pandai bawak diri, pandai la. si najwa mati-mati tak mau kahwin dengan orang Kelantan, sekarang tak sempat habis belajaq dah kahwin dengan orang Kelantan. haaaa, tu dia mengaku sendiri. jangan bencikan sesuatu benda tu sangat-sangat. boleh jadi perkara yang dibenci tu baik untuk kita sebenarnya. tetiba aku takut jugak. sebab bini pak abu pun tak prefer aku kawen dengan orang Kelantan. haha.
tipu semua assabiyah ni. lepas aku kawan dengan depa, elok ja. tapi tulah. depa kalau nak sembang kena dalam bahasa depa. baru puaih. macam kita dalam loghat kita la jugak. puaih kan rasa. takpa. benda ni boleh consider. hidup jugak aku dengan depa ni 5 tahun setengah kot. dan sampai sekarang kami macam ayam dan itik, aku nak sampaikan cerita dalam loghat kedah dan depa nak sampaikan cerita dalam loghat depa. dan kami faham antara satu sama lain. cukup.

tapi bila mai tang bab perempuan Kelantan cantik tambah-tambah area Pasir Mas, memang betoi. depa memang cantik. tak bohong. tapi tak lah semua. tapi kasarnya depa cantiklah. apa ayat aku ni. haha. cantik. cantik. cantik. dah la cantik ditambah pulak dengan cakap "nok gapo adik?"..."singgoh dulu abe. tengok gapo hok patut." boleh cayaq setiap kali aku naik pasar siti. haaa sudah. aku hat pompuan pun cayaq. hat lelaki apatah lagi. patut la kebanyakan yang shopping kat atas pasar tu ramai perempuan. mungkin bini depa marah kot kalau naik. satg dok abe, abe...ha kena ketam. hihi. ataupun sedang menjaga telinga. haha.

ermm. lelaki Kelantan hensem? haha. selama aku belajaq ni, lecturer aku semua orang Kelantan. ada sorang bukan. tu pun dia cakap Kelantan. hensem? kalau budak kelas aku yang Kelantan tu, tak buruk rupa la. Allah buat elok dah. tak daklah macam Johnny Depp. tapi tak lah teruk macam Wak Doyok. so so. lecturer aku hensem. mungkin sebab depa dah kahwin aku cakap la depa hensem. haha. 
aaaahh, tak penting semua tu. tapi depa semua lucu bila bercakap. tu apa yang aku rasa.

aku suka sangat dengaq orang Kelantan bercakap. disebabkan aku cakap macam siam, so aku dengaq depa bercakap pun cukuplah kan. hihi. nak marah pun tak jadi marah. faham ja apa depa cakap. tapi tak boleh balas macam tu jugak. sebab lidah utara kot. tapi kalau hampa maki aku, aku tau naaa. kalau melatah ke, terkejut ke lagi lucu. hahaha. yak bok tey! haha

paling best, majlis ilmu. banyaaaaaaak sangat. paling dekat dengan tempat aku ialah Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK). tapi aku tak pernah masuk. tak tahu kenapa. aku selalu nak susup masuk jugaklah. pastu dengaq ura-ura haish jangan pi program sana. aku rasa nak tumbuk la jugak. sampai sekarang aku tak dapat tengok rupa dalam PUTIK tu. takpa PUTIK. nanti saya mai lagi dengan enche somi masuk dalam tengok awak. awak tunggu k. oleh itu, saya doa awak masih lagi dalam pemerintahan bulan purnama. majlis ilmu yang aku suka pi kat masjid assalam. sebab dekat dan sesuai dengan masa nak pi. tapi sejak terlibat sebagai tenaga pengajar kelas AQ kat asrama, jarang dapat situ. sebab selasa malam ada kelas. doa je la supaya ilmu yang diajar kat assalam tu aku akan dapat kat tempat lain dengan asbab ilmu yang aku kongsi ni. selain itu, majlis ilmu di medan ilmu pagi jumaat jugak seronok. tambah-tambah tok guru nik aziz (almarhum) ada dulu. sangat meriah. ada satu masa tu bersesak untuk duduk. subhanaAllah! rindu.

makanan pun sedap-sedap kat sini. aiskrim rantau panjang, hihi...maggi tiram sabak, ketupat manis dan berinti lauk, roti kacang, sate ikan, taik itik, cek mek, nasi kerabu, teh beng madu, sate baung...haish banyak sangat nak sebut. lepas tu aku wonder dari 50 kg boleh jadi 70 kg paling maksimum? takleh bayang saat berat aku begitu. ok joging. sedap dan murah. yakin je. kena pandai cari tempat makan kalau kat sini. ada sedap dan tidak sedap. so, kalau nak mai Kelantan, bawak aku sekali. aku boleh rekomen tempat. keh3. bijaksana kan.

taklah semuanya gembira dan manis sahaja. adat hidup. ada manis dan masam. hmmm

benda yang boleh buat aku sedih ialah pertama pemergian arwah faisal dan kedua kami dah nak berpisah. 

faisal pergi pada tarikh 15/06/2015. masa tu kami bercuti dan pulang ke kampung. erm. tak tahulah nak cakap macam mana. masa tu, kat rumah aku sedang mengadakan bacaan yaasin. dan berita pemergian dia aku dapat dari group kelas, Bunga Tanjung. accident. siap yaasin terus kami buat tahlil untuk arwah lepas aku cakap kat mak ayah.
cukup. 
aku tak kuat untuk menulis bab ini. mungkin aku compile kali lain pulak cerita arwah. arwah pergi dalam keadaan semua orang redha dengan akhlak dan amalan dia.. rehatlah faisal. tenang dan damailah disana. semoga bersatu dengan tuan guru kita. kamu pergi dalam keadaan semua redha. moga syurga tempat pertemuan kita para sahabat disini. 

dan lastnya kami dah nak tinggalkan ipg ni. aku wonder kenapa ipg ni sampai 5 tahun setengah? dia tahu tak lama tu? sampai nak berpisah pun payah. banyak sangat kenangan yang kalau aku nak cerita, aku kena buat tribute. gaduh, baik, gaduh, baik. and last macam adik-beradik. mungkin sebab semua jauh dari family. jadi pakat bergantung antara satu sama lain. banyak sangat kami kongsi. sebab hampa, aku menjadi dewasa. sungguh!

doa aku, biar Allah pertemukan kita kat sini kembali dengan kamu-kamu yang pernah mewarnai diri ini. dan kalau Roza Roslan mendoakan jodoh beliau dengan insan yang boleh membawa beliau ke luar negara, doa aku biar Dia jodohkan aku dan hampa dengan orang yang boleh faham perangai senget kita dan sabar yang tinggi supaya senang time reunion nanti! depa dah besa tengok kesengalan kita. fuh! Ameen. 

untuk semua classmates, *menitik ayaq mata* aku sayang hampa. tak tau macam mana nak adapt orang lain dalam hidup sebagai teman lepas ni sebab kita remaja yang dewasa bersama. banyak perubahan yang kita buat dan disaksikan antara satu sama lain. sukar rasanya nak lepaskan satu-satu. hampa insan pertama yang nampak perubahan kalau sesuatu berlaku. nakal macam mana pun hampa, aku tetap sayang hampa. 

untuk kawan-kawan jpp sebaya, ilmu pertama sebagai pemimpin ada yang aku belajaq daripada hampa. bukan senang nak memimpin. ada time salah dan hampa memaafkan, ada time susah dah hampa membantu, ada time suka dan hampa bergembira jugak, ada time sedih dan hampa berkongsi sekali. terima kasih sebab sudi memimpin dan dipimpin.  

untuk adik-adik junior dan jpp, kami tak dak adik. jadi, kami tak pandai layan adik. still, hampa stick dengan kami. hihi. sebab ajaq kamai bahawa kami kena jadi kakak, terima kasih. sebab ajaq kami untuk lebih matang, terima kasih. sebab ajaq kami untuk lebih dewasa, kami sayang hampa. ada masalah kontek ok. especially, mira dan ieda. kak hasanah sayang anda. 

untuk setiap pensyarah dan staf, terima kasih sebab sudi jadi sebahagian dari hidup saya. siapa saya hari ini adalah sebahagian sumbangan kalian.

untuk keluarga angkat di Jeli dan Kemubu, terima kasih kerana menerima seadanya dan tidak lokek melayan tatkala mula menyesuaikan diri. doakan moga berjodoh lagi saya ke sini.

untuk setiap insan perseorangan yang hadir ketika masalah melanda saya, alfu syukran. tiada kata-kata balasan untuk itu. moga Allah memandang jasa bakti anda. doa saya moga kita bertemu disana andai tidak didunia.

untuk nama-nama yang pernah disebut di dalam entry-entry manis saya sebelum ini, you win my heart. specifically win different parts of it.  


KELANTAN, YOU'LL BE MISSED!


عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ رَضِيَ اللّٰـهُ عَنْهُ قَالَ :صَلَّـىٰ بِنَا رَسُوْلُ اللّٰـهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ ، ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا ، فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيْغَةً ؛ ذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُوْنُ ، وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوْبُ ، قَالَ قَائِلٌ : يَا رَسُوْلَ اللّٰـهِ ! كَـأَنَّ هٰذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ ، فَـمَـاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا ؟ فَقَالَ : «أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللّٰـهِ ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِيْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِـيْرًا ، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْـخُلَفَاءِ الْـمَهْدِيِّيْنَ الرَّاشِدِيْنَ ، تَـمَسَّكُوْا بِـهَا وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ ، وَإِيَّاكُمْ وَمُـحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ ، فَإِنَّ كُلَّ مُـحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

Diriwayatkan dari al-‘Irbâdh bin Sâriyah Radhiyallahu anhu bahawa ia berkata, “Suatu hari Rasulullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah solat bersama kami, kemudian beliau menghadap kepada kami, lalu memberikan nasihat kepada kami dengan nasihat yang membekas pada jiwa, yang menjadikan air mata berlinang dan membuat hati menjadi takut, maka seseorang berkata, ‘Wahai Rasulullâh! Seolah-olah ini adalah nasihat dari orang yang akan berpisah, maka apakah yang engkau wasiatkan kepada kami?’ Maka Rasulullâh n bersabda, ‘Aku wasiatkan kepada kalian agar tetap bertakwa kepada Allah, tetaplah mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian adalah seorang budak dari Habasyah. Sungguh, orang yang masih hidup di antara kalian sepeninggalku, niscaya ia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kalian berpegang teguh kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafâ' Râsyidîn yang mendapat petunjuk. Peganglah erat-erat dan gigitlah dia dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah oleh kalian setiap perkara yang baru (dalam agama), karena sesungguhnya setiap perkara yang baru itu adalah bid‘ah, dan setiap bid‘ah itu adalah sesat.”


Thursday, 17 November 2016

gulai

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

aku rasa entry aku kali ni ada unsur mak-mak sikit dah. oh..tolong. bezanya mak-mak aku dengan mak-mak kat luaq, aku tak pernah beranak lagi. beza tu beza.

habis dah paper exam. dan entry ni pun sebenaqnya aku dah tulis time habis dua paper exam hari tu lagi. apa yang rasuk sampai aku bernafsu sangat nak menulis niiii. final year syndrom kot. hew3

nak cakap yang pompuan ni tak faham kehendak dia sendiri.
aku dah janji kat diri tak mau update blog selagi tak habis exam. tapi tu la. gatal jugak nak menulis. macam dah tak dak esok gamaknya. buku tak baca pulak. pemalas. tak sempat up kat blog, biaq jadi draf pon hokey la kan. *slapface*

aku tak rasa gulai akan jadi isu viral pun kalau disebarkan. sebab gulai ni makanan tradisional, turun-temurun dari timur tengah ke India ntah. eh. yakin aku cakap! betul la tu. tapi kalau tanya Ahmad Maslan pun, mungkin dia akan cakap dia suka makan gulai. kalau sanggup la kau nak buat-buat salam pi tanya dia. jawab ke tak tu belum tentu. ok. off topic.

disebabkan aku bernafsu sangat nak menulis, kes gulai ni pun dah menarik perhatian aku. kisah ni mula dengan kawan aku cakap statement "pompuan kalau dah pandai masak gulai tu, maknanya boleh dah la nak masak apa pun lepas ni."
rasional?
"gulai kan susah. nak kena pakai santan, nak tengok masak ke tak masak santan tu. gulai tu boleh makan ke tak nanti bergantung kat masak ke tak santan tu la."

oOoOoOoOoOoO.

OK.

*mungkin dia tak tengok tart nenas beracun aku lagi tu. kahsss. makan seketul belum tentu esok pagi bangun.* 

macam tu ya. aaaaa..aku bab masak tak masak ni bengkak otak sikit. bedal bagi habis memang aku tahu tu. 4-3 tahun ni je pun baru aku kenal secara mendalam dapoq itu tempat memasak. saat tu kawan-kawan aku dah discover macam-macam resepi, siap boleh buat business lagi, jual situ, jual sini. anis nabila contohnya, dah siap jadi toke kuih raya. KN dah boleh buat kuih-muih nenek moyang, ika dah juai rempeyek. mak aiiii. tercabar sis. aku nak tanak nasik pun sukat pakai jari lagi. apatah nak expect boleh memasak jamu kenduriiiiiii. kah.

well, aku tak salah mak aku la. banyak masa aku bereksperimen kat dapoq, dia melihat sahaja. dan dia tak risau. sebab dapoq masih selamat dan barang-barang dapoq dia terjaga. namun, hasil eksperimen aku selalu ke laut. tak paham aku. feedback dari pak abu lepas test makanan aku selalunya, "boleh makan la." ....bini pak abu pulak selalu cakap, " ni pun bersyukur orang masak. lama-lama pandai la."

berapa lama lagi aku pun tak tau. lambat lagi impian aku nak buka restoran. mungkin kalau buka pun aku upah tukang masak...kot? haha

somehow, bila orang letak penanda aras pada gulai sebagai kayu ukur kemahiran memasak, whoa haru.

tak heran mana kalau sekarang ramai rajin belajaq dan ambik port memasak. sebab provokasi cakap kena pandai masak baru dapat pikat hati suami, hati mertua, hati ipaq, hati ayam, hati lembu. tetiba. 

baguslah. walaupun terlewat.
better late than never.

bab pikat-memikat ni, aku nak haha dulu. sebab bagi aku nak pikat orang, pakai je la cecantik. kan ke macam tu? 
typical human thinking. stop lying. 
kalau kenyang tengok muka, silakan.
so, girls take out your weapon. *acah perang*

kalau era 90an dulu kalau cakap gulai, memang tak payah challenge la. ramai tahu buat. termasuk anak-anak gadis berusia belasan tahun lagi. sebab apa? sebab depa memang dok dirumah dan mak ayah depa tak keja. dan depa willing nak belajaq memasak. nak jamu adik-adik makan, mak bapak makan, familiyyyyyyyyy. hamboiih. plus kalau kat kampung, buah nyoq ada tiap-tiap hari untuk dijadikan santan. apa nak kalut? 

tapi tu dulu.

sekarang, kalau hang dok area bandaq, mau nak tanam pokok nyoq? lori bandaran mai bersih kawasan...pokok nyoq apa pokok nyoq.... tak dongak kepala tengok langit ka nak tanam tengah-tengah bandaqqq? hang pulak rumah flat....tsk..tsk...tsk...
nak kena beli santan segera atau santan kotak pulak. lepas tu keja pulak. lepas tu anak pulak. lepas tu keja rumah pulak. lepas tu letih pulak. nak masak lagi, nak kemas rumah lagi, nak itu, nak ini....apa pun tak dak.

tudia merapu. haha.
baiklah. 

signifikan gulai ialah kesediaan wanita berperanan. 
itu sahaja. 

mahu atau tidak, yang namanya wanita akan berada di dapur satu hari nanti. kahwin ke tak kahwin ke, takkan nak hidu lauk kedai ja. 
sungguhpun aku berotak bengkak hal memasak, aku tak boleh telan lauk kedai sangat kalau dok kat rumah. 
tak dak feeeeeeel rumah tu. 
nak tak nak, kena masuk dapoq.

most of husbands and daddies like that. 
raise up your hands if you love lauk kedai!!

see, tak dak orangg.
keh3.


pak abu, ayah aku suka makan kat kedai. memang dia suka. pagi-pagi tu dah pi kedai, beli nasik lemak. mungkin dia dah pekena nasik lemak dengan teh dah kat kedai tapi bila balik rumah, tengok ada sarap, pun dia dok sekaki sarap dengan kami. tu tera dah pekena seround sambil sembang dengan kawan-kawan dia. ish3. 

abang ipaq aku, dah pi kenduri, nasik dua pinggan, balik makan kat rumah pulaaaaakk.. tak puaih lauk kenduri katanya...ish3.

tak kata kat sapa la kan. memang home is where the heart is. tapi kalau pekena dua tiga kali ni apa cerita niii? heeeee.

chill. 
memang tu wanita punya power.....kot.
dan ahli keluarga punya perangai.....kot.
haha.

still, topik gulai. 
kan ada orang tua-tua kata, tak payah la belajaq tinggi-tinggi. nanti dok cerok dapoq jugak.
ni boleh bagi puting-beliung ni. 
haha.

ya. memang dok kat ceruk dapoq tapi pendidikan akan menentukan keluasan dapoq yang dia miliki. 
nampak?

kalau ada kesedaran sivik, besaq la dapoq dia. sebab dia ada ilmu. dia boleh buat macam-macam dalam dapoq tu. tak bekerja tu dok goyang kaki saja ka? jangan.
orang perempuan perlu ada jaminan kehidupan sekarang ni. 
tak kerja pun buat lah sesuatu dengan dapoq anda. tu memang skil semula jadi kita dah. memang dahhhh.
ewah. tanda-tanda awal rebel. 
hehe. 

malah, wanita bekerjaya pun wajar sangat masuk dapoq. tambah-tambah hang dah kahwin. masaklah serba-sedikit pun. nak melebih cakap, aku pun tak kahwin lagi kan. so, bertanyalah kat orang kahwin tapi bekerjaya on how they manage to own the kitchen e/though dah kahwin. 
pastu nilai sendiri. 
nak ikot ke tak nak, ikot seleghaaa. 

so, thus gulai.
bukan susah tapi tak mudah.
practise makes perfect kan?
try la. *tepuk bahu sendiri*

setakat ni aku masak walaupun tak jadi la gulai tak gulai, belum ada orang masuk sepital sebab keracunan.
still, tak pandai tapi ada sense of taste. 
melayu kaaaan?
:)


dan still, takdak gulai pun hampa boleh survive. 
makan la sup ka, asam pedas ka, masak lemak ka.
masih akan hidup.
buktinya, nuuuu orang putih hidup ja aih makan cereal, oat, roti, noodles dan benda berasaskan wheat.
hampa jangan buat cerita kalau takdak gulai tak boleh hidup. 
jangan memilih makanan. :)

so, that's it. 
aku pun on my way for graduation.
mohon doa Allah lancarkan perjalanan hidup. 


QS 7:31

Friday, 11 November 2016

a matter of decision

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

dulu-dulu masa kecik, kalau nak apa-apa mesti orang pertama yang kita akan pi merengek atau meminta ialah mak ayah. ataupun adik-beradik yang sudah besar. sebab kita tak punya kuasa untuk membuat keputusan atau jalan bagi memiliki sesuatu. mesti dengan kebenaran dan nasihat mereka. exactly 90% on them. their decision. 10% tu pun nasib kekuatan yang ada untuk meminta.

tahun berganti tahun. usia semakin meningkat.
bila dah bergelar remaja dan hampir dewasa, banyak benda yang kita boleh buat sendiri dah. misalnya nak ke mana-mana tak perlu lagi nak berteman-teman bagai, sebab rasa diri dah besar. tambah-tambah ada kawan-kawan temankan. cukup dengan izin mak ayah, dah lepas. nak beli apa pun, bila ada duit sendiri tak perlu lagi tanya mak ayah. beli ja. duit hang, ikut hang la. nak sarung apa pun kat badan ikut hang lah. hang dah besaq. pepandai hang. ilmu dah cukup diberi. jadi decide sendiri.

teori masyarakat.
kena faham bahawa itu agak salah.
agak ke?
salah. memang salah.

dalam banyak hal dalam dunia ni, kita memang kena tanya pendapat orang. sebab tu Allah jadikan kita pelbagai rupa dan bangsa, untuk saling berkenalan. then baru kita tahu setiap tindakan kita tu ada kebaikan dan keburukannya. since not everybody stick to the same opinions.

misalnya macam pendapat yang aku gambarkan kat atas. ada orang ok sahaja kalau keluar dengan kawan-kawan asal dapat izin mak ayah. somehow, ada yang mak ayah dia susah nak bagi izin sebab tak kenal kawan, atau melihat kepada risiko terdedah dengan pergaulan diluar, atau takut anak-anaknya terpengaruh dengan rakan yang entah apa-apa atau mak ayah dia memang jenis tak percaya anak dia sendiri.
tu andaian aku.
tak dak kajian.

dalam bab berbelanja, ada anak yang memang tabiat dia nak beli apa pun terus beli ja sebab ok dia dah biasa buat dan jadi kelaziman, but still ada anak yang bila nak beli sesuatu, snap gambaq hantaq kat mak ke ayah ke atau group whatsapp family kemudian tanya "ok tak nak beli ni?", "berbaloi tak?", "pendapat mak?", which is aku terus call sebab mak ayah aku zaman pra merdeka, so sangat leceh dengan teknologi yang kena belajaq semula ni.

dalam bab berpakaian ada anak yang pakai ja apa pun. freedom is yours. nak buka ke nak tutup ke lantak awak lah. ada ya. bukan tiada. but still, ada anak-anak yang nak pakai sesuatu kena ikut guideline yang telah ditetapkan oleh mak ayah. sebab bagaimana kita menampilkan diri membawa nama agama dan keluarga. so, kena pakai ikut cara mak ayah.

dan semestinya bila nak kena ikut mak ayah atau orang lain, kita nak rebel.
why?
sebab kita dipaksa ikut.
kena ikut.
melainkan kalau kita bertanya pendapat atau pandangan orang lain bagi dijadikan benchmark kepada tindakan kita.

aku kalau bab bagi pendapat, ok boleh. tapi aku tak meminta pendapat aku diterima. sebab we are all big enough to decide things accordingly. nama pun pendapat, hanya sebagai rujukan. misalnya hang nak pi program, tapi pada masa yang sama tengah time study week and a few days ahead for exam, should or not i'd be going?
haha.
kalau dia baca entry ni, haru aku.

tapi aku nak bagi pendapat jugak.
let's see. FIP sekarang sebagai pelajar ialah study. get better result. *well, rasa nak tampar muka sendiri lagi*
so, kot mana pun exam akan perlu dilalui kan.

program yang kita nak join tu last dah katakan. lepas ni mungkin tak berpeluang nak merasai pengalaman sebegitu lagi. ok lah. considered well.

baguslah bila dah tanya pendapat banyak sumber.

so, banyak sebelum ni aku bercakap dengan kawan-kawan tentang menjaga agama Allah. kalau betul, apa yang kita lakukan ini adalah demi menjaga adDeen, teruskan.
bila kita jaga Allah,Allah jaga kita.
stuck jugak aku dengan soalan begini sebab aku bukan jenis terus ada idea. melihat pengalaman sendiri, aku rasa aku akan pi. tapi mungkin tak join sepenuhnya program sampai hari akhir.
sebabnya ada satu lagi benda yang menanti untuk direalisasikan.
harapan mak ayah.
melihat kemampuan kita sejauh mana untuk tabah nak menghadapi tekanan saat akhir. kalau ok, teruskan.
try win-win situation which is both we got.
pi program then balik awal, study utk exam kaw-kaw.
atau
study kaw-kaw with notes, lepas tu pi program dengan gembiranya.
ambil mudharat yang lebih sedikit.

dan nasihat aku yang last, kalau time ni rasa nak pi mana pun, pi je la. kalau tak pi pun, inshaaAllah study tak tera mana sebab dok teringat yang kita plan awai tu. haha. bernas tak pendapat aku?
jangan pakai kalau tak tabah.

sebanyak mana pun nasihat yang kita terima, masih lagi keputusannya di tangan kita. buat dengan timbang tara yang baik. pohon izin Allah. kalau betul Dia izinkan, maka dapat la keputusannya. betullah tu jalannya. jangan pernah menyesal. asal dah jelas asbab dan akibat, settle la nak pegang senapang punnn.

:)

p/s: last entry for this week inshaaAllah. dah rindu sangat nak usha nota walaupun tak lalu nak tgk.

QS 2:286

Thursday, 10 November 2016

rupa

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

aku suka baca blog diana ishak. ayat dia bagi memang power, sentap, kasar dan ganas.
aku rasa tu dah sangat cukup untuk buat makhluk-makhluk atas muka bumi ni faham dengan cara sentap.
ok lah bagi yang boleh menerima. yang tak boleh menerima cara itu, baik hampa berhenti membaca blog kak di sebab it'll hurt you more. jiwa halus tidak digalakkan. eheh.

taklah. just read. polis tak tangkap kak di inshaaAllah kalau kau terasa pun dengan dia. dia tetap dia.

so few days dia up entry pasal 110% peka. disebabkan blog kak di pedas tapi betul, aku tertarik sebenarnya dengan setiap kata-kata dia.

dan disebabkan lagi ini blog aku, so aku nak kongsi jugaklah pendapat aku berkaitan entry 110% peka tu.
wilayah aku kan, so suka hati akulah.

zaman-zaman dahulukala, memang masa melihat lelaki hensem akan provide kehidupan yang bahagia. aku tak percaya mana tapi aku pun suka jugak la kaaaan. dapat tengok pun jadikla. tak sedaq diri. muka macam bontot kuali nak tengok lelaki muka hensem. hetchu!

nak lagi sadis time tuaku bukan budak sains ke budak teknikal ke tapi budak sains agama. pusing kepala jugak kalau nampak budak laki hensem. uishhh. kalau boleh senaraikan ciri-ciri lelaki idaman, buku teks sejarah tak boleh lawan kot. haha. banyaaaaaaaaaaak sangat!
langsung tak ghardul basaar!

time changes everything.

bila dah meningkat usia ni, betul la macam kak di cakap rupa atau penampilan tu dah jatuh tangga ke berapa entah. bagi aku, pemahaman dan komitmen menang lagi. aah. dulu zaman keliru. tengok boleh, nak approach, Allah...memang tak lah. nak kena panggang dengan ayah aku zaman tu!

sekarang masa untuk melalui semua tu. bila dah besar dan melihat kehidupan dari sisi yang berbeza, baru aku nampak sebenarnya hidup lebih dari sebuah rupa. rupa, harta, pangkat, darjat apa semua tu adalah sampingan. ad-deen will be the best guide. tu yang aku nampak. bila berpegang dengan agama, soon senang nak bagi kefahaman dalam erti hidup. senang nak terima orang lain. senang nak adaptasi kelemahan orang lain. senang nak bersangka baik. senang untuk bertindak. mudah cakap, buat kerja dengan mudahnya.

tapi, kehidupan ini memang menjanjikan cabaran dan dugaan. ada orang ada rupa, diuji dengan kesusahan hidup. ada orang tak dak rupa, diuji dengan kesenangan dunia. see. we have pros and cons. so, to make things explicit, jangan menghakimi sesuatu berdasarkan rupanya. kenal melalui agamanya. sebab agama tu akan bawak haluan jalan hidup seseorang. bonus kalau hidup stabil, agama tiptop. we all seek for that things. but, believe me, once the Deen has been taken care, just face all the obstacles in front. since you have everything you need.

so, kalau ada adik-adik terbaca apa yang hakak tulis ni, satu je nak pesan, belajar la dulu. kenal dunia dulu. ok kalau korang nak suami berupa ke apa ke, no objection ok. yang penting kita tu dulu, jaga agama (rasa nak tampar diri sendiri jugak bila bagi ayat ni), so then teruskan cita-cita hampa dan jangan lupa, Allah Maha Mendengar. jadi, mintak. jangan nak menggeletis.
dah, aku nak sambung study. gituuuh.



p/s: tolong aminkan doa ini.

"Ya Allah, mudahkan kefahaman penulis blog ini. sebab dia dah study last minute."


aminkan ya. mohon pertolongan sangat. :) :) :)



QS 42:13

exam fever

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hai.
tajuk kat atas tu sebenarnya boleh saja kalau aku letak dalam bahasa melayu.
demam peperiksaan.
tapi sengaja aku tak letakkan. sebabnya tak nampak catchy.
harus nampak elegan ya diblog.
*hambar*

arrived IPG today as i planned and He destined it to be, Alhamdulillah. ulang-alik, ulang-alik menyusahkan orang exactly about two years has not been enjoying moment for me. really not.
tetiba nak hahakan diri sendiri.

case closed today.

so what am i doing here?
kan dah nak habis.
report dah selesai.
tinggal nak dijilidkan lagi.
barang-barang diasrama sudah di'kotakkan'.
maka, angkat kaki.

sorry. exam still exist.
:)

exam fever!
dah nak periksa pulakkkk. ok sebelum balik, mak dah pesan untuk anak dia ni untuk mintak halal ilmu dengan semua pensyarah dan mintak depa mendoakan kejayaan dan kelangsungan ilmu bagi manfaat semua anak-anak didik.

tetiba teringat zaman SPM, pesanan yang sama, cuma edit part mintak halal ilmu dengan pensyarah tu dengan mintak halal ilmu dengan cikgu, dan penambahan frasa 'mintak cikgu doakan ampa dibukakan jalan untuk mudah menjawab'.

namun, pesanan semasa SPM tu memang cikgu-cikgu dah realisasikan sangat. siap dengan majlis restu ilmu oleh para guru. acara wajib time exam!

aku suka majlis tu sebenarnya. kita rasa macam langsai hutang yang tertanggung. haaaa. macam tu. sayu jugak tengok muka cikgu-cikgu. tapi tulah, yang nak menjawab periksanya kita, depa dah selesai tugas. tempur!

ok. berbalik kepada cerita kita ini, saat ini memang demam peperiksaan sangat kat IPG ni. thus, im back for studying. inshaaAllah. sampai ja, tengok muka kawan-kawan, haaa datang dah semangat nak belajaq tu. tapi aku harap aku tak membongak la masa belajaq nanti.

peperiksaan atau penilaian atau exam ni dikatakan benda paling menyampah sekali. ohoho
aku rasa jugak. yalah belajaq sikit punya menggunung berbulan-bulan, bertahun-tahun, nak ditanyanya selama 2 - 3 jam sahaja? apa kes?

ok ni aku tak rebel ya.

tu la best konsepnya. jap. aku tak tahu kenapa aku cakap best. aku cuma suka muntahkan apa aku rasa aku baca dan aku tahu. selalunya dalam exam yang tulah kan yang pemeriksa nakkan?
malangnya, selalu aku muntah hijau.
maka, pointer pun sipi-sipi first class sipi-sipi second class.
alangkah sipi betol aku muntah!

faham, bukan semua orang suka exam. aku pun tak suka mana. tapi exam suka kita. kena la terima hakikat tu.

dan sebenarnya, hidup ni pun satu ujian. setiap saat. diuji dengan setiap satu cabaran. tu pun exam.
Allah nak tengok kita mampu atau tidak nak hadapi semua tu dalam bentuk realia. cuba letak diri kita pada satu saat kritikal dalam hidup. pilihan jawapan untuk permasalahan sama ada ya atau tidak. senang kan? tapi sukar membuat keputusan.


jadi, jangan burn out. keep calm and seek for Him.

:)

QS 29:2-3

Wednesday, 9 November 2016

istikharah atau taubat?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

:)

things synonym with this blog...always about family matter. isn't it? so, here we come. i have things to be shared prior to this entry. Omo..fingers are doing their role very well. haha

so, what's up tonight? shall we having some small thought? first of all (be careful of this phrase, the discussion us going to burnt the midnight oil!), there will be no more last but not least coz the topic are going to be single and short. i hate to type during people snores. act, wanna sleep but afraid of losing the idea and intrigued feeling on writing, i shared at least these.

ok. sudah. saya benci penjajah. tetiba. apa yang aku nak cerita selepas sebesar pemeluk aku berceloteh? haaa..aku nak bercerita pasai cerita anak muda belia zaman sekarang. tak lah muda sangat pon kan. kertu dah. ohoho.

aku pernah bersembang dengan senior, rakan sebaya, hatta junior. rata-rata cakap kat aku satu amalan yang penting dilakukan sewaktu hendak membuat pilihan atau keputusan?
guess what?

solat istikharah.
*bayangkan berkumandang lagu istikharah cinta by sigma*

ohoho.

aku buat, biaq pon bukan pasai jodoh pun. aku mintak ja apa aku nak. most of pasai jodoh la.
jadi ramai amalkanlah solat istikharah dalam kehidupan seharian. mostly doing it after isyak, hoping to see their future soulmates' faces.
:)
aku tidaklah mengatakan apa yang difahami mereka salah. betul. kalau Allah nak tunjuk melalui itu, Alhamdulillah. nampak terus. kasi jawapan terang!

tapi bila ramai percaya istikharah tu kalau nampak muka si dia tu kira betol dah, aaahh haru! aku ta nampak apa pun. bantai dengan tilam jugak muncui. takkan kot?

kita kena faham istikharah adalah satu alternatif. selain berusaha secara fizikal, istikharah adalah bicara kita dengan Tuhan, sama ada approve atau tidak.

analogi aku bagi, hang pekerja. nak mintak cuti tahunan. mintak dengan bos. kalau dapat jawapan lulus dalam bilik bos jugak, Alhamdulillah. tapi kalau bos cakap, minta tarikh lain boleh tak? atau bos bagi senyum kelat sebab ada benda tak setel lagi ka dalam pejabat. see, jawapan yang banyak kemungkinan akan berlaku dalam satu permohonan cuti sahaja.

istikharah juga sama. bukan setakat faham nampak muka tu, tapi mungkin kalau tak sesuai akan terbuka sedikit-sedikit ceritanya,yang tak sesuai cara dia dengan kita, rasa kurang selesa dalam perhubungan, hambar, dingin terhadap pilihan, ada tentangan ataupun kalau ok sahaja tu inshaaAllah hubungan bertambah baik dan urusan dipermudahkan.
see, two ways for different answers.

kita melihat istikharah bila nak meminta. ada kita terfikir, nak meminta tu layak ke tidak?
ok. jangan salah faham dulu.
aku tak cakap manusia ni ada derajaaaaat pulak nak pandang-pandang layak ke tak sedangkan Allah memandang takwa. tak!!!

aku cuma nak koreksi diri kita. banyak kita meminta dari memberi kan? dah la kurang memberi lepas tu membuat salah? wait.
contoh, kau lawan cakap ayah, kemudian kau minta basikal. agak-agak dapat tak?
mak ayah normal, dia takkan bagi kalau jenis anak tak dengar cakap ni.
believe me dia akan bagi bila kau dah minta maaf dan behave. tunjuk perangai baik-baik.
aku nak highlight minta maaf.

herm. minta maaf means taubat.
kita nak itu, ini, begitu, begini tapi pernah tak kita murnikan hati dulu.
nak kurus tapi tak detox badan, macam mana nak ada saluran penghadaman yang baik dan suci?
ermmm *kata kat diri sendiri*

ya, kenapa tidak kita solat taubat, sucikan hati dan minda dulu sebelum istikharah meminta.
aku berpesan pada aku sendiri. sebab aku memang pelupa.
dan ini pun untaian kata dari seorang sahabat.
it really makes sense.

Allah yang Maha Memberi, maka mintalah kepadanya dengan sepenuh pengharapan.

so, it is.
detox dengan solat taubat, rejoice dengan solat istikharah.
inshaaAllah.

QS 2:222



:)


p/s: ada jugak hari aku macam post insaf-insaf ni..apa niii..ok. emo. hoho

Thursday, 3 November 2016

angels on motorcycles

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

haluuuu!
erm..is it too much?
okay.
let's stop here.

hihi.
tak lah. padahal banyak nak diceritakan.

today supposed to be day my mom got follow up appointment with le doc.
of course we went to the hospital. mom's going to be regular outpatient at HSB.
full stop. takpa.

entry kali ni pun berkaitan dengan perjalanan kami pada hari ni. tapi bukan berkaitan aku ke mak aku ke ayah aku ke kakak aku ke...eh tapi ada jugak berkaitan lah sikit-sikit. dan aku janji aku akan guna bahasa Melayu yang agak baik dalam entry kali ini. haruslah ada singkatan atau bahasa loghat kalau jumpa. sebab Kedah baru menang Piala Malaysia. tak dak kaitan sangat.

masa dalam perjalanan aku dengan mak aku ke HSB, kami ternampak (harus ayat karangan) sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang ibu dan seorang bayi. ataupun baby. selit jugak bahasa penjajah. semuanya baik kecuali kenapa mak tu letakkan anak dia berdiri atas raga motor? *ya ka panggil raga?* haaaa. tu lah yang kami nampak.

serius aku tak kisah nak naik motor ke kereta kuda ke kereta lembu atau pun keldai sekali pun. tapi kenapa anak dibiarkan berdiri dalam bakul tu? itu satu. dah merbahaya sangat dah tu. kalau dibuatnya brek secara mengejut atau kecemasan, apa akan berlaku pada anak tu?
tentulah terdorong ke depan.
jatuh.
patah leher?
patah kaki?
terseret?
luka kecil?
mati?
na'uzubillahiminzaalik.
aku tak mau doa benda-benda macam tu tapi aku bagi kemungkinan.

kedua, waktu pagi dalam pukul 9.00 pagi, agak panas jugak kalau kat tempat aku. si anak dibiarkan bogel kepalanya. awak, anak awak tu kecil lagi. ya, saya tahu matahari bagi vitamin D, tapi tolonglah bayi tak perlukan begitu banyak vitamin D tu. urgh. eh tetiba sekali lagi.

kondisi kewangan keluarga mungkin salah satu faktor untuk tidak memungkinkan keluarga memiliki dua buah kereta. satu mungkin ayahnya dah pakai. jadi tinggal satu ja untuk mak. aku faham sebab aku bukan anak orang kaya. tapiiiiii....
sekurang-kurangnya pakaikanlah topi pada anak atau ada duit sikit belikan topi keledar untuk anak-anak kecik tu. aku ada satu. mai pinjam kat aku. dok elok lagi pak aku simpan. haaaa..nampak, aku pun geng tu bayi tu jugak dulu. jangan main-main dengan akak lejen motosikal ni.

sebagai mak ayah, kadang-kadang kena guna logik dan habiskan duit jugak untuk keselamatan anak-anak. kewangan memang tak dapat dinafikan akan terbeban. namun, harus difahami bahawa anak-anak adalah pelaburan dan aset. membesar dalam suasana sihat dan berkasih-sayang, maka akan jadi manusia penyayang lah beliau. begituu nasihat aku.

anak-anak ni depa tengok apa kita buat tau. kalau kita buat hala balai ja jaga depa, tengoklah kita tua nanti macam mana depa jaga kita. step ahead first. jadi mak ayah yang berilmu. jangan hanya tahu menghasilkan anak, tetapi berupaya mendidik anak.

sekian nasihat dari perempuan yang belum ber'anak'. ni apa yang aku tengok secara majoritinya dalam hidup aku. mungkin ada kesukaran lain dipihak golongan seperti itu yang aku tak tau. so, ambik yang baik, buang yang buruk.


SELAMAT MENJADI MAK AYAH BERILMU!

Wednesday, 2 November 2016

sebab aku bongsu

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

hello.
salam aku dah bagi kan kat atas.
jawab..jawab..jawab cepat.
heee.
mood balik kampung. haruslah gembira macam menang pilihanraya.
eh, tetibaa.

disebabkan aku orang melayu yang amat sangat, so aku coba amek ibrah daripada kenaikan harga minyak dipasaran.
tapi, kalau berlaku penyelewengan, ak tak halalkan duit mak bapak aku yang dibelanjakan oleh orang atasan.
emo.

ehem.
balik kampung,wajiblah pelbagai perkara terjadi. dah state aku takmau yang sedih-sedih. jadi, walaupun cerita ni agak sedih, aku nak cerita dalam nada yang kurang menyedihkan. heee

memang aku balik kampung sebab dua orang ni ja. mak dan ayah aku. dan kakak-kakak aku (sampingan) sebab depa ni tak sakit pun. kahhss.

70 yo dad with hypertension case and 68 yo mom with glaucoma in the left eye.
cerita ayah tu memang dah lama berlaku. since he stroke and recovered again, so he's been monitored without fail either from regular treatment or us, the fam.
Alhamdulillah.

mak was the latest case which made us shocked, paint from the news.
kau boleh bayang mak kau yang hari ini cakap nak tengok kau graduate soon having disability to see clearly?
me cannot. obviously cannot. after all the sacrifices and efforts to make her a proud mother then she failed on the trail, i cant imagine the moment. sangat bukan aku.

hasrat tak mau susahkan anak-anak dan katanya mungkin sebab faktor usia, jadi dia lupa yang tok aku jugak ada sejarah glaukoma. apa tu glaukoma? google sendiri. hee

at first kak yang yang perasan mata mak juling. sebelum ni tak pon. and she called me telling the change.  dan aku pulak dengan rajinnya terus call mak aku. sapa tak sayang mak oii. start form that moment baru mak cakap yang dia sebenarnya kurang nampak sebelah mata.
Allah.

kami like "awat mak tak habaq awai-awai?" sebab kejadian strok ayah dulu memang trauma bagi kami. memang trauma. esoknya, dia bawak mak ke klinik mata socka. memang valid keputusan yang dapat kalau dari socka ni inshaaAllah. then, baru kami tahu,she got glaucoma.
MY MOM GOT GLAUCOMA.

what else? berharap untuk sembuh memang tidak lah kan. no point for operation. tapi aku still tak percaya. why dont we go to the hospital? mom insisted to get a check up at the hospital according to my plan.

banyak sangat perkara yang Allah nak tunjuk pada aku sepanjang satu hari aku bawak mak pi buat check up.
dan satu ja aku nak share, macam mana Allah dengaq doa-doa dan pengharapan aku.
diikutkan aku memang tak dak pengalaman urus orang sakit hatta ayah aku. banyak yang urus ayah ialah kak yang untuk appoinment ayah kat hospital, kak ija untuk amek ubat dan kak chik umi time admission kat hosp. aku? baca buku dan amek exam. sebab time tu aku SPM. memang depa tiga ja all out. tak membantu gila aku. yang aku bantu ialah gheyau, gheyau dan gheyau. betul-betul hampeh punya orang.

so, bila dah ada transport pinjam ni,which ayah punya..haha...memang dua orang ni my first priority. gituuu.

pepagi buta, aku dah membingitkan rumah aku bahawa pagi tu aku nak bawak mak aku pi hospital. dan haruslah mak aku takut. memandangkan dia setuju dengan cadangan aku sebulan lepas, maka ya tau tidak dia kena ikut jugak. anak autokratik. sebagai peneman, aku bawak ayah aku bersama. kak yang macam biasa dengan perangai kakak-kakak sangat, dia call tanya jadi ke tidak. mampu ke aku nak uruskan sengsorang. riyak kau tahu aku jawab "eleh, kacang."
hohoi.

breakfast kat luar for that day. of course aku belanja. nasihat aku jangan kedekut dengan mak bapak. nanti tak cukup duit, depa topap. hihi.

selesai je breakfast, aku pecut naik Hospital Sultanah Bahiyah.. aaaahh..ni part aku cakap Allah tu dengar sangat gerak hati aku. time pepagi tapi hampir ke jam 9 pagi ni dah banyak kenderaan yang parking dalam hospital.memang penuh. so, aku dah siap baca surah al-Insyirah dah. kot-kot la ada parking. kot-kot ya. sila berharap bersama aku. ujian satu, lulus walaupun parking tepi bahu jalan. ok la kan. sebab ramai ja buat macam tu. malah, ada yang naik divider jalan kot! so disebabkan mak ayah aku dah turun kat depan lobi hospital, so aku menonong sorang-sorang pi kaunter pertanyaan untuk tanya kat mana klinik pakar mata atau orang kampung pida panggil oftalmologi.

stres melanda bila kakak misi kat kaunter cakap "dik, awak kena dapatkan surat referrence daripada doktor di klinik kesihatan daerah untuk ke sini. bila dapat surat tu, baru refer dengan pakar mata kat sini."

what the?

"oh ya ka? ermm..kalau macam tu, saya nak patah balik ke Hospital Jitra macam jauh sangat ja."

"alang-alang dah area aloq staq, pi hospital lama ja la."

memandangkan aku buta arah, nasib baik ayah ikut. pecut pulak aku ke hospital lama. sekali lagi, jangan tanya aku kat mana hospital lama tu sebab aku memang buta arah dan jalan. kah.

maka berpergian kami ke hospital lama. sekali lagi parking problem occured! tapi Allah kan ada. aku jumpa parking! so since the hospital wasn't the prior hospital in the city so the crowds were not there. but still there were people. haha.
kat sana tak banyak hal. check itu ini pun dalam sejam ja. aku dan mak ok. tapi kesian ayah la. dia macam letih sikit. selesai je dapat surat, aku memang sekali lagi pecut ke Hospital Sultanah Bahiyah. yeay aku dah ada surat!

kali ni parking jugaaaakk! wey dah 11 pagi. parking jangan harap nak kosong. macam biasa, perilaku yang aku belajaq dari kak yang iaitu tinggalkan mak ayah kat kawasan duduk berbumbung tu dulu baru pi cari parking. 2 kali round i found a parking lot for me in HSB! boleh melompat tak? ok tak. sebab aku rasa badan dah crunchy sangat dah.

so, sampai dan utk prosedur pendaftaran sangat leceh tapi Alhamdulillah sekali lagi Allah tolong. sampai terus je kad tu dapat kat tangan nurse. so, memang mak dapat masuk terus ke dalam bilik doktor. then, aku turun daftarkan mak, ayah menunggu. soon tunggu mak punya anak mata kembang, gi scan doktor review result hermm hampir 1 jam. but berbaloi because we love her. hihi

then, sekali lagi depan mata aku doktor cakap it's glaucoma. and yeah no treatment available untuk pulihkan mata kiri mak. tapi doktor nasihatkan untuk laser bagi buka angle mata bertujuan untuk bagi laluan air mata merembes keluar.

aku tanya ada alternatif lain tak. she said no. so as controlling method tu je dia suggest. asking mom about her opinion. mak sanggup untuk teruskan. so, we go on. aku pick tarikh untuk buat app dengan doktor and we went to the hospital two days after.

aku tak kesal bila mak sakit time aku dah besaq ni. aku kesal sikit je. mak sakit time aku tak berduit. tu yang aku tak mampu kawal sedih. memang duit dia dan ayah ada, tapi aku nak jugak sumbang duit aku dalam rawatan depa. to my sisters, susah sikit nak sumbang-sumbang ni sebab depa pun masih ada anak-anak yang belajaq, so it's me.

paling sedih part mak cakap " penyakit ni macam tau-tau ja adik nak habis belajaq. dia mai serang teruih."

mampu ke kau nak menangis time tu?

she held a lot. banyak impian belum tertunai. dia dan ayah yang nak ke Makkah dengan aku, nak tengok aku graduate at least degree, nak tengok kami semua settle down dengan baik, nak duduk rumah anak-anak, nak pi berjalan makan angin dengan kami, nak berziarah dan macam-macam lagi.
most of the dreams on me. sebab aku bongsu so dia tak boleh tengok aku macam kakak-kakak yang dah selesai tanggungjawab dia. she's a bit worry sekarang about my state kalau tiba-tiba dia sakit teruk atau tutup mata untuk selamanya. things are getting heavy.
entah.

untuk semua tu aku tak dak jawapan. risau, bimbang, takut, sedih, dan sama waktu dengannya aku dah lama sedia untuk tu. sebab mak ayah aku dah tua. masa dah tak lama. untuk aku dan depa. aku memang kena belajaq tak dak depa. singkat sangat masa kami bersama kalau Allah nak tarik depa sekarang dari kami. patut kakak-kakak aku tak kisah mana kalau mak ayah manjakan aku sebab aku dah lewat sangat hadir dalam hidup mak ayah. so the rest of time is for me.

too much incomplete puzzles in my mind. ya ka depa pi dulu? mana tahu aku yang mendahului langkah. ajal maut ni tak mustahil. cuma satu ja, aku harap biaq mak ayah pi sebelum aku sebab aku tak sanggup nak tengok depa bersedih buat kali kedua kat dunia ni. cukup dengan pemergian abang dulu. kalau aku pi dulu nanti, sapa nak jaga depa nanti?

yet, i told my mom, she'll be able to see me in dectar, escorting me to my PhD convo, fitting in a wedding dress, walking with my soulmate, having children supposed to be her grandchildren, living in my house, eating meal course with me. and of course sekarang kami sedang berusaha mendapatkan rayuan untuk pergi haji bersama-sama.

semua yang aku cerita ialah realiti anak bongsu dengan mak ayah yang berusia. melainkan hang ada abang kakak tak kahwin ataupun memang hampa dah sedia ada orang yang bermastautin dengan mak ayah ampa. so sedaq tak jadi anak bongsu ni tak mudah kerja dia?

haaa, gitu. but you know what? jangan menyesal atau sedih. tu semua lubuk pahala. bukan semua dapat chance ni. once kau tahu syurga kau kat mana, kau akan buat tanpa keluh-kesah. apa sangat setakat nak jaga time sakit. 9 bulan mak bawak kita ke sana ke sini tak pernah merungut. berpuluh tahun ayah hulur duit tak pernah meminta balasan kan?

:)

Kena beranak baru dipanggil perempuan ke?

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته hai semua. hihi dah lama sangat tak menulis kat sini kan? last entry rasanya setahu...